Sunday, July 22, 2007

KENAPA BERKAWAN BANYAK MASALAH

Haaa ini satu soalan yang sering aku terdengar.Kalau buka saja tajuk tentang kawan macam-macam luahan akan aku dengar. Mulalah timbul cerita kawan tikam kawan, kawan tak setia, kawan mengambil kesempatan keatas kawan, kawan hasad dengki, kawan itu dan kawan ini. Eeee memang bergitulah lumrah kehidupan.Bukan aku tak pernah merasa bergitu.Kadang-kadang selalu juga terkena macam itu. Waktu nak menempah baju atau nak membeli barang dengan kita ha jam tu lah terkeluar perkataan "Kuranglah cikit......arga kan kita ni kawan" Tapi pas tu kalau kita pula tersilap abis dihentam dari belakang..Hilang sudah nama kawan.Ha ha ha biasa lah..itu lah dinamakan kehidupan. Tapi dalam aku asyik nak nilai-nilai orang lain entah-entah aku pun serupa juga. Entah aku pun sama juga suka ambil kesempatan atas kawan. ALLAH berdosa sungguh aku..Kau berikan lah pertunjuk pada aku dan yang lain-lain agar segera bertaubat dan tidak menjadikan kawan sekadar digunakan untuk kepentingan diri sendiri sahaja Tuhan. Harap luahan sajak ayah sufi ini dapat memimpin aku dan yang lain-lain kepada jalan kebenaran.Di sini ayah sufi sudah member jawapan kalau matalamat berkawan ada kepentingan untuk cari makan maka disitu akan timbulnya pelbagai masalah

APABILA CARI MAKAN PRINSIP MANUSIA











Prinsip orang hidup hanya cari makan
Orang hanya hidup tujuan cari makan, mereka tidak ada pendirian
Berkawan dengan orang ini tidak akan ada kesetiaan
Kita selalu sahaja bimbang
Berkawan tidak jujur kalau cari makan terhalang
Orang hidup cari makan, kalau boleh cari makan kerana menyokong kebatilan,batillah
Kalau menyokong kebenaran dapat cari makan, dia sokong kebenaran
Jika boleh cari makan bersikap talam dua muka boleh aja, yang penting boleh cari makan
Mereka mencari makan adalah perkara pertama dan utama
Kalau berkawan boleh cari makan, ya! Dia berkawan
Jika berkawan tidak boleh lagi cari makan, ah! Tinggal sahaja kawan
Yang penting cari makan, tukar kawan
Kawan hanya alat cari makan
Kawan hanya jambatan cari makan
Apa sahaja dibuat boleh cari makan, ayuh! Lakukan
Kalau duduk di masjid boleh cari makan, jadi orang masjid
Menulis boleh cari makan, ya! Menulislah,
berdakwah boleh cari makan, ya! Berdakwahlah
Kalau bersifat munafik boleh cari makan, ya! Boleh aja, yang penting cari makan
Aduh! Orang yang prinsipnya cari makan tidak boleh dipercaya
Berkawan selalu sahaja khianat, menikam kawan seiring, cakapnya tidak boleh dipegang
Waktu tidak ada untung dia menghilang diri, jika ada untung dia cari kita lagi
Orang yang prinsipnya cari makan malunya sudah hilang
Tidak malu itu lagi untung boleh cari makan
Yang penting makan, yang lain hanya alat cari makan
Kalau berkawan boleh cari makan, ya! Dia berkawan,
kalau tidak boleh cari makan, dia buang kawan

AYAH SUFI

10.11.2002 / 5 Ramadhan 1423H - 1
Selepas Tarawikh

Saturday, July 14, 2007

Alangkah Susahnya Mencari Kawan Yang Setia

Assalamualaikumm

Kenapa aku memulakan semua ini dengan madah ayah bertajuk SUSAHNYA MENCARI KAWAN YANG SETIA? Entahlah aku pun tak tahu nak jawab. Kebetulan kot atau tetiba ketika membelek buku catitan ayah, hati rasa senang dengan tajuk madah ayah tu. Hemmmm mana-mana boleh lah…yang penting semua madah ayah ada pengajaran buat diri sendiri mau pun orang yang membacanya.

Ayah memang seorang yang kuat rasa.Mengenali ayah sufi sebagai orang yang boleh mendidik kami melalui rasahatinya cukup memberi kepuasan dalam kehidupan kami anak-anak didiknya. Ayah suka bermadah..Madah ayah tak serupa madah orang lain.Madah ayah banyak mendidik hati,banyak cari dosa diri,banyak salahkan diri dan mencari kelemahan diri. Malah madah ayah merupakan tempat ayah meluahkan rasa hati untuk mendidik kami anak-anak didiknya. Kalau ayah datang idea nak bermadah ayah tak akan tangguh-tangguh.Tak kira malam atau siang maupun ditengah malam. Bagi kami anak-anak didiknya pula segala madah-madah ayah disimpan sebagai rujukan bila kami menghadapi pelbagai masalah.

Ayah terimakasih atas madah yang ayah berikan ini. Semoga Allah melimpahi rahmat buat ayah sekeluarga.

Tuesday, July 10, 2007

SUSAHNYA MENCARI KAWAN YANG SETIA


SUSAHNYA MENCARI KAWAN YANG SETIA

Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia

Boleh berkawan waktu senang dan susah

Di waktu dukacita dan gembira

Di waktu kita buntu fikiran dia lah yang memberi pandangan

Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan

Boleh memberi pertolongan sebelum diminta, kerana faham masalah kawan

Apatah lagi apabila diminta

Waktu sakit diziarahi

Di waktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan

Kesusahan kawan kesusahannya

Kesedihan kawan adalah kesedihannya

Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya

Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga

Ia merasakan maruah diri sendiri juga

Apabila sudah agak lama tidak berjumpa sudah tertanya-tanya

Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa

Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji dibelakangnya

Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat

Mengutamakan kawan dari dirinya

Selepas mati keluarganya tetap dihubungi

Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung

Susah payah keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong

Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini

Macam kita gambarkan tadi

Penulis pun belum boleh setia dengan kawan

Aku memohon ampun kepada Tuhan

Kerana belum boleh setia dengan kawan


oleh: AYAH SUFI

25/9/1999