Sunday, July 22, 2007

KENAPA BERKAWAN BANYAK MASALAH

Haaa ini satu soalan yang sering aku terdengar.Kalau buka saja tajuk tentang kawan macam-macam luahan akan aku dengar. Mulalah timbul cerita kawan tikam kawan, kawan tak setia, kawan mengambil kesempatan keatas kawan, kawan hasad dengki, kawan itu dan kawan ini. Eeee memang bergitulah lumrah kehidupan.Bukan aku tak pernah merasa bergitu.Kadang-kadang selalu juga terkena macam itu. Waktu nak menempah baju atau nak membeli barang dengan kita ha jam tu lah terkeluar perkataan "Kuranglah cikit......arga kan kita ni kawan" Tapi pas tu kalau kita pula tersilap abis dihentam dari belakang..Hilang sudah nama kawan.Ha ha ha biasa lah..itu lah dinamakan kehidupan. Tapi dalam aku asyik nak nilai-nilai orang lain entah-entah aku pun serupa juga. Entah aku pun sama juga suka ambil kesempatan atas kawan. ALLAH berdosa sungguh aku..Kau berikan lah pertunjuk pada aku dan yang lain-lain agar segera bertaubat dan tidak menjadikan kawan sekadar digunakan untuk kepentingan diri sendiri sahaja Tuhan. Harap luahan sajak ayah sufi ini dapat memimpin aku dan yang lain-lain kepada jalan kebenaran.Di sini ayah sufi sudah member jawapan kalau matalamat berkawan ada kepentingan untuk cari makan maka disitu akan timbulnya pelbagai masalah

1 comment:

Miqdad said...

ya~~ bila sebut pasal kawan ni teringat satu motivasi kecemerlangan SPM di Dewan ~dotdotdot~ dulu... Penceramah suruh berdiri... kemudian suruh merenung rakan disebelah... kitapun renunglaa... penceramah berkata - "Itulah musuh kamu!!" (wow!! pelajar yg dengarnye pon plek laa tp bile die fikir2 kate penceramah tu - hrmm btol juga ya~~ kawan aku ni kan musuh... so buat per aku nak bantu dier... baik aku pandai sorang lebih dari die) hrmm macamtula jiwa anak-anak melayu sekarang dididik - untuk berhasad dengki sesama kaum sendiri... dengan kaum lain lebih lg laa - apalah salahnya didik kitorang ni supaya masing2 saling bekerjasama mncapai kejayaan.. silaturrahim x putus... kejayaan pon dpt dkongsi bsama!