Sushi inilah nama makanan Jepun yang dah bertahun-tahun aku mengidam nak merasanya.Bila rujuk semua artikel mahupun ruang forum di dalam internet masing-masing yang berkongsi resipi menyatakan makanan ini sedap,good, best, yummy dan entah apa-apa lagi komen mereka.Semua tu menyebabkan aku makin ketagih nak mencubanya. Apatah lagi bila melihat gambar gulungan nasi yang di dalamnya dipenuhi dengan pelbagai makanan laut yang berwarna warni.Hemmmmm mesti sedap agaknya.Hampir sebulan aku surf internet nak cari resipi sushi yang sesuai dengan selera Melayu(maksud aku lauk pauknya dah dimasak bukan mentah-mentah).Dalam sebulan tu aku pun mulalah mencari bahan-bahan di seluruh supermarket tempat aku duduk ni.Boleh lah tahan bukan semua supermarket ada bahan-bahan nya (nak cari yang halal betul).Dua tiga tempat menggagau baru jumpa.
Maka setelah terkumpul semua bahan-bahan dan resipi sebagai panduan, aku anak beranak pun bersama-samalah membuatnya. Bila dah siap semuanya readylah nak masuk kemulut. MasyaAllah !! makanan yang selama ini aku idam-idamkan, yang kecantikannya menggiurkan anak tekak aku rupa-rupanya tak boleh nak masuk pun.Kenapa jadi bergitu? Mana salahnya?Ahhh tak ada apa-apa salahnya. Buat apa aku nak salahkan sushi tu? Ini bukan salah sushi mahupun bukan salah resepi. Mungkin salah aku sebab tak pandai buat. Malah dah kira memangnya aku punya tekak dan selera adalah Tekak anak Melayu. Bukan selera anak Jepun. Kalau dah Melayu ,Melayu lah juga.
Akhirnya semua lauk pauk sushi tadi aku rebus buat sup.Manakala nasi sushi tadi aku buat kuih serimuka.
Hemmm baru boleh telan. Habis…….licin.Gitulah dah kata tekak Melayu , Melayu lah juga .Dua tiga hari ini bila terkenangkan kisah sushi ni membuatkan aku geli hati malah tak semena-mena tekenang pulak aku tajuk Madah Ayah Sufi yang bertajuk KUALI TETAP LAH KUALI.
'KUALI TETAP KUALI'
Kuali itu diletakkan di tempat mana pun dan di dalam keadaan apa pun ia tetap kuali
Kuali itu tetap hitam legam
Beralih-alih tempat dan suasana ia tidak akan mengubah hakikatnya
Kuali tetaplah kuali, ia tidak akan jadi intan berlian
Letak di dapur pun kuali, letak di serambi pun kuali
Sekalipun diletakkan di pelamin, tempat yang indah dan mulia, ia tetap juga kuali
Begitulah manusia, hamba Allah di mana pun dia berada
Di dalam suasana apa pun dia berada, dia tetap hamba
Ia tidak akan bertukar menjadi makhluk lain
Hamba tetap hina, hamba tetap lemah, hamba memerlukan pertolongan dan bantuan
Kalau dia petani, tetap juga hamba
Jika dia guru, tetap juga ia seorang hamba
Walaupun dia seorang kaya, ia tetap juga hamba yang hina
Sekalipun dia raja, menteri dan orang besar, nama hamba tidak akan berubah
Jika dia menteri, dia adalah salah seorang orang besar hamba-hamba
Orang kaya pun hamba yang kaya di kalangan hamba
Tapi manusia hamba Allah itu sungguh pelik
Bila jadi raja atau menteri, orang besar atau kaya, mereka sudah berpelajaran
Berubah sikap dan bertukar watak hidupnya
Dia merasa luar biasa, ego dan sombong pun tiba
Orang lain dipandang hina
Inilah dia hamba-hamba yang tidak sedar diri
Awak hina merasa mulia
AYAH SUFI
Selepas Asar
31.8.99

2 comments:
ya~~ kuali tetaplah kuali - hamba tetaplah hamba - yg hina, lemah dan masih perlukan bantuan dari Allah...
Post a Comment