Tengahari semalam ketika aku sedang seronok hendak menyiapkan baju pelanggan di kedai tiba- tiba satu suara mengejutkan aku. "Nak mintak derma nak. Dua puluh sen ke tiga puluh sen ke. Isteri pak cik sakit barah ari ni nak bedah". Dalam hati aku berbisik “Pak ci ni lagi…” Sebenarnya bukan ini hari pertama dia datang ke kedai aku. Semalam , kelmarin, minggu lepas, bulan lepas dan beberapa bulan lepas dia lah yang selalu datang dengan membawa lagu yang sama. “Nak minta derma nak, dua puluh sen ke tiga puluh sen ke. Nak buat makan-makan".
Tapi disebalik dia datang meminta-minta aku dan suami paling suka menunggu alasan-alasan yang bakal disebut ketika meminta. Dulu-dulu kalau dia nak duit dia akan bagi alasan beca tak ada orang nak naik, pas tu bertukar alasan lain beca dah accident pulak. Mungkin betul lah tu sebab kali ini dia jalan kaki je tak bawa beca. Semalam alasan terbarunya isterinya sakit barah nak dibedah. Tiba-tiba ari ni lepas sembahyang jemaah di masjid dia kejar suami aku minta duit dan alasannya dah bertukar isteri sakit bisul pulak. Kah kah kah…Kelako juga pak cik tua ni. Tapi beca dah ada semula. Agaknya beca tu dah repair lah kot. Atau dah ada orang sedekahkan beca baru untuk dia.
Tak ada apa-apa yang aku nak marah
Tapi aku kagum juga dengan pak cik ini. Sedangkan orang keliling semua dah mengeluh barang dah naik harga. Kalau pergi mana-mana harga barang semua dah naik. Rata-rata kalau kita tanya penjual kenapa barang naik? Mesti dia orang jawap semua sudah naik..”itu minyak kereta sudah naik barang naik juga lah.”
Meminta Kepada Allah Kita Tidak Terhina
Meminta-minta kepada Allah maruah tidak jatuh
Sama ada dikabulkan atau tidak, tetap mulia
Mengadu dengan Tuhan tidak mengapa
Kerana kita hamba, Dia adalah pentadbir, pengurus,
Penjaga dan pemberi rezeki kepada kita
Mintalah apa sahaja yang sepadan dengan kita
Banyak kali, sebanyak mana yang kita minta kita tidak terhina
Tapi meminta sesama manusia wibawa kita jatuh
Sama ada dia memberi atau menolaknya
Mengadu dengan manusia inginkan kekayaannya kita terhina
Maruah kita jatuh, wibawa kita sudah tidak ada harga
Lebih-lebih lagi selalu sahaja meminta dengan manusia
Orang bertambah benci, kita semakin terhina
Jagalah maruah diri
Kerana ia adalah harga diri kita
Jauhilah meminta-minta sesama manusia
Kerana kita akan terhina dan orang tidak hormat kepada kita
Memintalah kepada
Makin banyak meminta dengan-Nya kita semakin mulia
Tuhan suka, manusia tidak boleh menghina, wibawa kita terjaga
Mintalah kepada Tuhan, terpelihara maruah kita
Jangan meminta-minta dengan manusia, kita akan terhina
Kerana orang meluat dan membenci kita
AYAH SUFI
3/9/2001
No comments:
Post a Comment