“ Hemmmm boringnya ari ni.” Itulah keluhan aku didalam hati. Memang semua membosankan. Tenguk kanan bosan tenguk kiri bosan. Pergi arah
Ahh aku biarkan aje dia cari sendiri. Aku berpesan “nanti selepas jumpa bukunya panggil mak ya.” Aku berlalu dan pergi ke bahagian lain. Tenguk kiri kanan banyak buku berbahasa Cina. Tak ada yang menarik sangat. Tiba-tiba aku tertarik melihat di salah satu sudut bahagian kanan. Bukan main ramai orang kat situ. Amboi ramainya yang asyik mahsyuk kat situ. Hampir kesemuanya remaja perempuan. Aku pun pergi lah menjengah nak tenguk buku apa yang menjadi kegemaran remaja-remaja perempaun ni yang begitu tekun membelek dengan penuh tepersonanya mereka.
Oooo rupa nya novel cinta. Ah banyaknya…… Aku kira buku-buku novel ni baru sampai, panas-panas lagi. Sebab minggu lepas masuk kedai ni tak lah sebanyak ni. Cantik-cantik pulak covernya. Terdetik juga aku nak membeleknya. Setelah aku membelik-beliknya tiba-tiba datang rasa bosan. Tak ada cerita lain…semuanya kisah cinta remaja. Ah bosan lah. Aku dari remaja lagi memang tak suka dengan novel-novel cinta. Memang tak minat. Tak tahu lah kenapa dan apa sebabnya.
Sampai kat rumah sambil rehat-rehat nak le juga menonton tv. Alahai tak ada cerita lain.
Sebenarnya bukanlah aku bosan dengan cinta. Cinta itu penting tapi cinta yang halal dan ada haknya. Cinta itu perlu tapi biarlah cinta yang membawa rasa kehambaan kepada Tuhan.Sehingga cinta itu dapat membawa keamanan Negara, agama dan bangsa. Tapi yang bosannya bila mengetengahkan cinta yang tak sepatutnya dan bukan tempatnya.Hemmm macamana nak maju bangsa Melayu kita ya. Asyik dikhayalkan hidupnya dengan cinta yang mengkhayalkan dan tak ada arah tuju. Agak-agaknya betul jugalah luahan AYAH SUFI dalam madahnya yang aku terbaca beberapa tahun lepas.Wahai anak-anakku sekelian yang sedang meningkat dewasa. Aku juga mengajak kamu semua marilah sama-sama memahamkan madah ayah sufi ini. Janganlah anak-anak mak semua terlibat dengan perkara-perkara yang mensia-siakan masa dan usia, terbuai di alam khayalan, leka dengan segala macam bentuk hiburan yang tidak membina jiwa. Mak satu ketika dulu pernah dididik oleh ayah sufi. Ayah sufi tak jemu-jemu mendidik agar hati jangan diletakkan dengan cinta yang bukan haknya. Justeru itu mak berkahwin pun bukan bercinta dahulu tapi cinta yang datang kemudian selepas ayah sufi menjodohkan mak dan abah kamu atas pilihannya dan terbukti cinta selepas kahwin itu sangat indah dan mendatangkan kebahagiaan kerana cinta itu diletak pada haknya.
MELAYU MAJU?
Yang mendidik ke arah itu hanya propaganda hendak mencari nama
Yang mendorong ke arah itu kurang sekali hanya bermusim-musim sahaja
Hanya sekali-sekala yang dibuat oleh pemimpin Negara
Selain itu ke arah membunuh jiwa dan mengajak orang berlalai-lalai lumrah berlaku
Drama hanya kisah cinta, kemudian kecewa, krisis rumah tangga
Nyanyian-nyanyian senikatanya mengandungi teruna dan dara
Kata-kata patriotik semangat membangunkan jiwa kurang ada atau kurang dibawa
Lawak jenaka hanya gelak-gelak ketawa, ketawa terbahak-bahak macam orang gila
Hati atau jiwa lalai dibuatnya atau hati buta
Kata-kata di dalam sajak oleh penyajak bahasanya kabur untuk seronok-seronok sahaja
Bahasanya bombastik payah difaham oleh pendengar
Tidak faham maka tidak jadi ilmu,tidak faham apa yang hendak dihayati oleh jiwa
Isi-isi hanya memuja alam bukan memuja Tuhan
Maka jadilah kata-kata yang sia-sia belaka
Novel-novel dan cerpen-cerpen pun kisah-kisah cinta, kecewa, merajuk, bergaduh
Pemuda-pemudinya berlepak-lepak membuang masa, berkhayal-khayal sahaja
Balik ke rumah di tengah-tengah malam mengecewakan ibu bapa
Bila dimarah bermasam-masam muka
Dengan ibu bapa rasa tidak senang sahaja
Nasihat-nasihat tidak dengar kata
Cerita-cerita yang membawa keinsafan dan kesedaran kurang ada
Takutkan Tuhan, cintakan-Nya, cintakan agama dan bangsa tenggelam di tengah-tengah kekarutan dan kelalaian tadi
Jadi cakap-cakap Melayu atau Islam mahu maju, kuat, berdaulat mahu disegani nonsense sahaja
Ia hanya cakap-cakap kosong sedangkan keadaan dan didikan tidak ke arah yang dikata
Cakap lain, sikap lain, cita-cita baik, perlaksanaan cita-cita jelik
Belum lagi menceritakan gejala masyarakat, jenayah, dadah, rasuah dan lain-lain
Yang meruntuhkan agama dan bangsa
Jauh panggang dari api, jauh awan dari bumi
Cakap-cakap hendak kuat dan berdaulat angan-angan kosong sahaja atau mimpi di siang hari
Beginilah nasib Melayu atau umat Islam seluruh dunia
Bilakah mahu merubah sikap, hanya Tuhan yang tahu
AYAH SUFI
No comments:
Post a Comment