Monday, August 6, 2007

DETIK PAGI INI MENGENANGKAN WAKTU ZAMAN DAHULU



Hari ini masa berlalu begitu sahaja. Tidak ada apa-apa perkara yang menarik untuk diceritakan di sini. Tetapi tugas, amanah dan tanggungjawab tetap terus dilaksanakan.

Bergitulah aku sebagai seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. Bangun se awal pagi buat sarapan.Hemmmm goreng cempedak aje.Cukuplah buat alas perut anak-anak ke sekolah. Asyik makan roti, jem, kaya balik-balik itu juga. Biasa lah kalau nak cari sarapan yang ringkas, tangkas cepat dan pantas.Syukur jugalah ada juga cempedak buat beralih selera. Anak-anak pun tak komen apa-apa.

Terkenang pulak aku sewaktu dulu-dulu.Hemmm kalau dulu masa aku sekolah biskut lemak aje jadi alas perut sewaktu sarapan pagi .Maklumlah mak tu Cik gu. Pagi-pagi mana sempat nak masak. Paling mahal sarapan segera aku ialah Quker Oat. Itu dah kira paling sedaplah.

Tapi bila mengenangkan biskut lemak ini teringat juga masa kecik-kecik sekolah rendah dulu. Waktu petang kalau lapar kebetulan tak ada sesiapa yang nak melayan aku maka nasiblah biskut-biskut lemak tu aku tumbuk dalam lesung batu taruh gula dah siap jadi sagun.Hee heee kelakonya. Waktu dulu tak sama macam sekarang. Dulu kalau malas masak tak makan sedap lah kita.Orang sekarang beruntung sana-sini ada je orang menjual macam-macam juadah makanan. Kalau malas boleh beli, janji ada duit.Waktu dulu kat kampong aku kalau nak cari orang jual kuih payah sikit. Kalau ada pun kena ada waktu-waktu dan hari-harinya. Pagi atau petang tunggulah mak cik ke, budak-budak ke pusing satu kampung. Nanti terdengar suara “nasi lemak…….karipap….onde-onde….cucur badak”. Suara-suara jeritan itu sudah menjadi satu melodi. Irama yang sedap telinga mendengarnya tambahan bila perut pula membalas iramanya. Itulah penantian kami bebudak dulu-dulu kalau nak makan kuih hasil jualan orang. Bila sampai je berebut-rebut mengirai bakul-bakul mak cik tu. Kadang-kadang hampa…tak sempat nak kirai mak cik tua tu tersenyum sambil bersuara “dah abih nak” terus berlalu pergi. Kadang-kadang ada ketikanya mak cik-mak cik tu pulak yang hampa.Kesian berjurai peluh mengalir keluar.Suaranya pulak dah serak-serak basah tapi kuih masih tak habis di jual. Begitulah pusingan hidup. Ada ketikanya jualan habis dan ada masanya jualan tak laku pula.




Berbalik kepada cerita zaman dulu dan sekarang terasa berbeza. Sekarang orang meniaga pula yang menunggu pembeli.Tempat-tempat perniagaan pula berlambak sana-sini. Mana nak ,pilih lah.Nak makan kat hotel? Restauran? Kedai mahu pun gerai semua ada. Nak beli kat pasar tani pun ada , nak beli kat pasar malam juga ada. Janji makanan mesti yang halal. Banyak peluang peluang perniagaan dah tersedia. Yang nak membelinya pula sediakan duit secukupnya. Begitulah kita manusia ini Allah tunjukkan jalan untuk memajukan diri. Semakin maju semakin berubah cara. Cara terkini lebih maju dan menguntungkan tapi cara lama tetap dikenang dalam ingatan kerana DARI YANG LAMA ITULAH DATANG YANG BARU. Tapi walau apa pun maju caranya adakalanya ia juga akan di uji. Kadang-kadang perniagaan itu laris kadang-kadang ia merudum. Ujian ini tetap sama. Sama juga macam orang dulu-dulu mengalaminya dan orang sekarang mengalaminya. Di sini lah aku teringat dengan nasihat AYAH SUFI...

Susah Senang Itu Silih Berganti

Mendung tidak mesti hujan

Hujan tidak mesti selalu

Panas tidak mesti sampai ke petang

Malam tiba sejuk pun datang

Begitulah tidak selalu yang kita harap berlaku

Tidak mesti pula yang tidak diharapkan tidak berlaku

Begitulah manusia tidak selamanya, senang atau susah

Ia silih berganti datang, pergi dan datang

Cuma lama atau cepat sahaja yang membezakan

Kerana segala-galanya takdir Tuhan

Kerana itu janganlah kita kecewa dan dukacita

Lebih-lebih lagi jangan putus asa

Seperti gelap tidak selama-lamanya, juga terang tidak selama-lamanya

Waktu malang pandai-pandailah kita menerimanya

Waktu biasa pandai-pandai pulalah kita menggunanya

Pandai menerima apa yang berlaku bijaksana namanya

Ia tentu menyelamatkan kita

Kedua-duanya ada hikmahnya

Apa yang Tuhan lakukan tidak sia-sia

Semuanya ada hikmahnya

AYAH SUFI

8/5/2003

2 comments:

Miqdad said...

yaAllah... inilah mak yg paling kusayangi!... bila baca... hermmm rase sayu sangat hati kenangkan jasa2 mak... x malu pon miqdad nak luahkan rasa-rasa hati kat sini.

Ummu Ati said...

Ye ke gitu along?? Terimakasih tolong beri komen. Jangan lupa-lupa jengah sini selalu yee.