Selalunya pepagi lagi aku dah terus bergegas ke kedai. Lepas sahaja bersahur aku akan mengarahkan anak-anak terus mandi dan pakai baju sekolah. Kemudian kami akan terus ke kedai. Uda dan puteri bongsu ku akan memprotes."Mengantuklah……mak”. Bagi mereka sisa-sisa waktu yang ada lebih baik tidur sebelum subuh menjelma. Ahhh tak boleh begitu nanti aku lambat kerja takut baju-baju pelanggan tak siap.Terpaksa pujuk uda dan puteri bongsu bersabarlah sikit… kalau mengantuk sangat tidur aje dalam kenderaan pas tu sambung tidur kat kedai. Mujur sekolah mereka betul-betul dihadapan kedai. Tak lah menjadi masalah kalau mereka belepak-lepak di kedai dulu. Alhamdulillah...Allah mempermudahkan urusan persekolahan anak-anak dekat dengan tempat aku berniaga. Kalau nak kira mengantuk aku pun mengantuk. Bulan puasa ni memang tidur tak pernah cukup. Pukul 2.30 pagi dah terbangun, lepas tu tak boleh kejam-kejam mata lagi. Kalau tak menjadulkan waktu takut baju pelanggan tak siap. Bulan puasa nak kena atur jadual elok-elok. Jadual dengan Tuhan, jadual dengan keluarga, jadual dengan komitmen, jadual dengan kerjaya dan jadual dengan seadanya yang bakal mendatang…Malangnya aku ni pulak bukannya pandai nak cover tidur sebelah siang. Cuba-cuba juga tapi tak boleh. Kalau dapat pun 5 minit atau 10 minit pasti selepas itu terbangun. Tak boleh dengar sikit pun bunyi-bunyi mesti terkejut. Lebih baik tak yah je tidur siang. Sebab itu aku belajar-belajar jugalah berdoa “Wahai Tuhan jadikan lah tidur aku yang sedikit ini terasa cukup untuk aku segar dan sihat ”.Tapi hari ini tak ada jadual nak ke kedai awal. Sakit-sakit perut pulak. Kat kedai bilik air jauh nya…. Kena ubah jadual gayanya pagi ini. Lewat sikitlah ke kedai nampaknya hari ini. Hemm terpaksa melegakan suasana traffic jam diperut ni dulu… Sementara itu teringatkan email. Hemmmm entah dah berapa puluh email yang sampai aku tak baca. Betul !!!!!!dah hampir 90 email yang aku terima . Aku pun membelik satu persatu. Tapi dalam banyak-banyak email yang aku dapat hanya yang satu inilah yang menarik dihati . Tulisan dari pengirimnya berbunyi …..
seperti subjek di atas (chewah, macam tulis
Saya harap dapat balasan yang positif dari ummu. Slmt berposa!
Bagi aku tak menjadi masalah… inilah namanya orang nak bersilatulrahim dengan kita. Nampak macam nak bertukar link tapi hakikatnya nak berkasih sayang. Apa salahnya kita menghiburkan hati manusia yang meminta. Rupanya hikmah sakit perut dipagi ini membawa maksud besar dari Tuhan …Kalau Tuhan tidak memperlakukan begitu kepada aku dipagi ini dah tentu aku sibuk di kedai, aku tak mengesahkan email dan tentunya pengirim email ini tak memperolehi sebarang jawapan dari ku. Jadi siapa anda yang sudi melayari blog ku sama-samalah sudi melayari blog teman alam maya ku ini…klik disini
Marilah Kita Menjadi Penghibur
Di dunia ini marilah kita menjadi penghibur
Menghibur manusia yang berbagai-bagai bangsa dan bermacam-macam peringkat mereka
Moga-moga Allah Taala menghiburkan kita di syurga
Marilah kita jadi penghibur menggembirakan manusia
Hiburkanlah manusia dengan pertolongan kita
Terutama kepada yang miskin dan menderita
Hiburkan juga mereka dengan senyum dan kemesraan kita
Juga hiburkan mereka dengan nasihat-nasihat yang berguna
Jadilah penghibur kepada manusia agar kuat jiwa mereka
Dengan ilmu-ilmu yang berguna, dengan semangat-semangat membangunkan jiwa
Dengan ziarahi mereka serta membawa buah tangan atau hadiah
Terutama di waktu mereka sakit, ziarahilah mereka
Gembirakanlah manusia dengan kemaafan kita
Dengan bertolak ansur serta memberi kerjasama
Mereka meminta tolong janganlah kecewakan mereka
Sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia
Siapa menjadi penghibur kepada manusia
Allah Taala akan hiburkan mereka di dalam syurga
Dengan syarat iman adalah menjadi asas
Juga syariat menjadi perjalanan hidupnya
AYAH SUFI
Lepas Subuh,17/12/2002
No comments:
Post a Comment