Assalamualaikum. Hari ini aku masih lagi nak berkongsi ilmu kuliah umum yang ayah pernah berikan kepada kami.
“Wanita itu dicipta dari tulung rusuk yang bengkok” bukanlah Hadis yang asing bagi kita. Pandangan umum tentang maksud Hadis ini ialah wanita itu mudah terpengaruh melakukan perkara-perkara yang kurang baik. Kalau dibiarkan, mereka akan terus berkeadaan bengkok . Kalau hendak diluruskan pun, mesti berhati-hati kera
na takut-takut mereka terus patah. Dengan kata-kata lain ia menunjukkan kelemahan wanita. Wanita seolah-olah manusia kelas kedua. Apakah tafsiran ini tepat? Apabila aku menyemak dan meneliti kupasan ayah tentang maksud hadis ini ternyata ayah membawa huraian yang lebih tepat. Ayah menyuarakan maksud hadis tersebut sehingga ia meletakkan satu keistimewaan buat wanita. Kata ayah ………
Maksud bengkoknya tulang rusuk itu adalah satu kesempurnaan dan bukan satu keburukan kepada diri wanita. Kerana bengkoknya tulang rusuk itulah, ia dapat melindungi organ-organ yang sangat penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, hati, paru-paru dan limpa. Kalau tulang rusuk itu tidak bengkok, ia tidak dapat memainkan peranan itu.
Ini bermakna bengkoknya wanita ialah satu sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Sifat semulajadi yang dimaksudkan itu ialah sifat rahmah atau penyayang pada wanita. Dengan sifat penyayang ini, wanita mampu memelihara, menjaga dan mengasuh serta mendidik anak dengan sabar. Demikian juga m
ereka boleh melakukan tugas-tugas masyarakat yang memerlukan sifat lembut dan penyayang.
Tanggapan negatif terhadap wanita perlu dikikis. Secara individu, kemampuan wanita untuk menjadi baik adalah sama dengan kemampuan lelaki. Kalau lelaki boleh capai taraf iman yang tinggi, begitu juga wanita. Kalau lelaki boleh mencapai tahap taqwa yang tinggi, begitu juga wanita. Cuma, wanita tidak boleh mencapai tahap iman atau ketaqwaan yang tertinggi iaitu tahap para Nabi dan Rasul. Tetapi mereka ini lelaki pilihan, lelaki biasa pun tidak boleh capai tahap tersebut.
Walau bagaimanapun, untuk menjadi seorang wanita yang sempurna di sisi Islam, wanita perlulah dipimpin oleh lelaki kerana itulah kelebihan yang Allah sudah kurniakan kepada kaum lelaki sepertimana kelebihan sifat penyayang itu dikurniakan kepada wanita. Tidak ada diskriminasi dalam Islam. Terimakasih ayah atas penerangan yang lebih tepat………
Keindahan Dan Kecantikan Seorang Wanita
Malu pada seorang wanita itu sebenarnya di situlah letaknya keindahan
dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk
dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada
Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali perlu sahaja
Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang
atau memuji-muji diri dan keturunannya
Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan bahkan istiqamah ibadahnya
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga, macam menjaga keluarganya
Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik, “Abang ke mana? Dari mana?
Buat apa di
Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya, kalau dia bersalah cepat meminta maaf dengan suaminya
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang
dengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita
Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang?
AYAH SUFI
13/3/2004
No comments:
Post a Comment